Sabtu, 21 Jun 2014

Masa depan murid dengan teknologi

Oleh Afiq Hanif

Microsoft Malaysia terus memberi tumpuan memperkasa bidang pendidikan di Malaysia dengan menggabungkan aspek menyeluruh membabitkan inovasi pelajar dan pendidik yang membentuk visi lebih baik.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Carlos Lacerda memberitahu, Microsoft memberi tumpuan utama kepada pendidikan sejak lebih 20 tahun lagi dan terus komited untuk transformasi bidang pendidikan bersama kerajaan Malaysia.

“Ia bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan sector pekerjaan akan datang.

“Pendidikan berkualiti bukan saja keperluan asas manusia tetapi ia juga tanggungjawab social yang penting social serta kunci utama perkembangan ekonomi bukan terhad kepada individu tetapi kepada masyarakat sekeliling,” katanya.
Foto 
Murid dan guru memanfaatkan teknologi terkini.

Menyedari hakikat terbabit, Microsoft kagum dengan usaha yang dilaksanakan kerajaan Malaysia dan akan terus bekerjasama seterusnya mengharapkan pelaburan modal ini membolehkan pelajar memiliki peluang untuk belajar manakala tenaga pengajar pula lengkap dan bersedia menghadapi keperluan pelajar.

“Menyediakan pelajar untuk tenaga kerja adalah keutamaan kami kerana pelajar masa kini adalah tenaga kerja global akan datang jadi penting untuk menyediakan mereka dengan teknologi dan kemahiran kognitif supaya mereka berjaya,” kata Lacerda.

Microsoft menyediakan seminar interaktif, bengkel serta menampilkan pelbagai teknologi inovatif di gerai yang disediakan ketika acara pendidikan berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia memperlihatkan bagaimana teknologi dapat memperkasakan lagi bidang pendidikan untuk menghadapi abad ke-21 ini.

Murid dari SK TTDI 1, Tan Jun Onn,12, berkongsi pengalaman menyeronokkan dengan melayari internet, mencari rakan baru, menyiapkan projek dan tugasan bersama, memindah naik tugasan dan juga melakukan persembahan kerja menggunakan Microsoft Office 365 pada tablet Surface.

Manakala bagi guru sekolah sama, Fauzi Aziz, pengalaman mengajar yang lebih produktif dan kerjasama murid dan rakan sekerja yang lebih baik sejak menggunakan Microsoft Office 365 dapat dilihat dengan berkesan.

Semakin banyak institusi pendidikan di Malaysia yang menggunakan penyelesaian dari Microsoft termasuk English Language Teaching Centre (ELTC) milik Kementerian Pendidikan dan Al-Madinah International University (MEDIU).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11 (myMetro)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan