Sabtu, 21 Jun 2014

Masa depan murid dengan teknologi

Oleh Afiq Hanif

Microsoft Malaysia terus memberi tumpuan memperkasa bidang pendidikan di Malaysia dengan menggabungkan aspek menyeluruh membabitkan inovasi pelajar dan pendidik yang membentuk visi lebih baik.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Carlos Lacerda memberitahu, Microsoft memberi tumpuan utama kepada pendidikan sejak lebih 20 tahun lagi dan terus komited untuk transformasi bidang pendidikan bersama kerajaan Malaysia.

“Ia bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan sector pekerjaan akan datang.

“Pendidikan berkualiti bukan saja keperluan asas manusia tetapi ia juga tanggungjawab social yang penting social serta kunci utama perkembangan ekonomi bukan terhad kepada individu tetapi kepada masyarakat sekeliling,” katanya.
Foto 
Murid dan guru memanfaatkan teknologi terkini.

Menyedari hakikat terbabit, Microsoft kagum dengan usaha yang dilaksanakan kerajaan Malaysia dan akan terus bekerjasama seterusnya mengharapkan pelaburan modal ini membolehkan pelajar memiliki peluang untuk belajar manakala tenaga pengajar pula lengkap dan bersedia menghadapi keperluan pelajar.

“Menyediakan pelajar untuk tenaga kerja adalah keutamaan kami kerana pelajar masa kini adalah tenaga kerja global akan datang jadi penting untuk menyediakan mereka dengan teknologi dan kemahiran kognitif supaya mereka berjaya,” kata Lacerda.

Microsoft menyediakan seminar interaktif, bengkel serta menampilkan pelbagai teknologi inovatif di gerai yang disediakan ketika acara pendidikan berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia memperlihatkan bagaimana teknologi dapat memperkasakan lagi bidang pendidikan untuk menghadapi abad ke-21 ini.

Murid dari SK TTDI 1, Tan Jun Onn,12, berkongsi pengalaman menyeronokkan dengan melayari internet, mencari rakan baru, menyiapkan projek dan tugasan bersama, memindah naik tugasan dan juga melakukan persembahan kerja menggunakan Microsoft Office 365 pada tablet Surface.

Manakala bagi guru sekolah sama, Fauzi Aziz, pengalaman mengajar yang lebih produktif dan kerjasama murid dan rakan sekerja yang lebih baik sejak menggunakan Microsoft Office 365 dapat dilihat dengan berkesan.

Semakin banyak institusi pendidikan di Malaysia yang menggunakan penyelesaian dari Microsoft termasuk English Language Teaching Centre (ELTC) milik Kementerian Pendidikan dan Al-Madinah International University (MEDIU).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11 (myMetro)

Rabu, 4 Jun 2014

Muslim Fest Malaysia

Themed ‘Islam is the Way of Life’, the 2014 Muslim Fest Malaysia will be held in the Rice bowl state of Malaysia, Kedah Darul Aman.
With many activities scheduled to be held at the Fest, such as Muslimah Fashion shows, Quran exhibitions, Art gallaries and Halal food bazaars, this is an event not to be missed.
 For more information, please visit: http://itc.gov.my/event/muslim-fest-malaysia/


Selasa, 3 Jun 2014

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 - FLORIA Putrajaya 2014


29 May 2014


FLORIA Putrajaya – Festival bunga dan taman yang dinanti-nantikan di Malaysia akan kembali menemui anda pada tahun ini dengan menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi anda.  Bertemakan ‘Pesona Warna’, FLORIA Putrajaya 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas.  Bunga Begonia atau asam batu yang  berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika  telah dipilih sebagai bunga tema Festival Bunga dan Taman Putrajaya mulai 14 hingga 22 Jun 2014.
Memandangkan ini adalah kali ketujuh acara ini diadakan, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak penganjur sedang membuat persiapan untuk mempersembahkan satu pameran yang lebih besar dan lebih baik buat pengunjung di tapak baru dan kekal di Pesisiran Tasik, Presint 4.
FLORIA Putrajaya 2014 akan mempamerkan reka bentuk dari peserta antarabangsa yang terdiri daripada pereka taman, pereka gubahan bunga serta Pertubuhan/ Persatuan Floral Antarabangsa.  Selain mempamerkan reka bentuk taman dalaman dan taman luaran, pelawat diberi peluang untuk menikmati kreativiti dan kepakaran pereka landskap tempatan dan antarabangsa melalui lebih daripada 80 rekaan taman luar oleh agensi-agensi kerajaan , badan-badan korporat, sektor swasta, persatuan-persatuan, universiti serta sekolah menengah dan rendah.
Antara kelainan yang akan dibawakan di Floria 2014 ini adalah “Taman Bertema” di mana peserta pameran taman akan diberi tema rekabentuk seperti  Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.
Tarikan lain yang akan memeriahkan Floria 2014 adalah Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang akan menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan,  pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.   Justeru itu, lebih daripada 200 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari FLORIA Putrajaya berlangsung.  Aktiviti-aktiviti ini termasuk demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, pertunjukkan fesyen  serta seni dan kraf.
Penganjuran FLORIA Putrajaya pada kali ini juga dimeriahkan dengan keloborasi rakan kongsi bijak atau smart partners yang turut terlibat menjayakan FLORIA Putrajaya bagi mendekatkan jenama produk mereka kepada pengunjung.
Sepertimana setiap kali penganjuran FLORIA Putrajaya, tarikan baru sentiasa disediakan untuk memberi nilai tambah kepada acara tahunan ini.  Pada tahun ini, antara tarikan utamanya adalah Taman Di-Raja, Taman Tergantung, Taman Begonia, Taman Orkid, Tea Party Garden dan Taman Inovasi.
Kini dianjurkan sebagai acara tahunan, FLORIA Putrajaya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana keunikan dan keindahan flora yang dipamerkan di taman-taman berlandskap yang direka menarik, ditambah pula dengan lampu berkilauan pada waktu malam.
Menjanjikan pameran yang menakjubkan di Pesisiran Presint 4, FLORIA Putrajaya dibuka kepada  lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi – 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).
Untuk maklumat lanjut, sIla layari http://floriaputrajaya.com.my


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

Isnin, 2 Jun 2014

LHDN arah potong gaji

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR 2 Jun - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan arahan potongan gaji (Arahan CP38) kepada para majikan bermula 16 Jun ini untuk pembayar cukai yang memperoleh pendapatan daripada sumber penggajian dan masih mempunyai tunggakan cukai.
LHDN berkata, arahan CP38 itu mengkehendaki para majikan membuat potongan tambahan secara ansuran bulanan terhadap gaji pembayar cukai selain daripada potongan cukai bulanan bertujuan melunaskan tunggakan cukai yang masih ada.
Katanya, Arahan CP38 akan berkuat kuasa mulai gaji Julai 2014 sehingga Disember 2014.
"Satu salinan Arahan CP38 turut akan diserahkan kepada pembayar cukai melalui emel atau perkhidmatan pos untuk rekod percukaian mereka," kata LHDN dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengikut rekod LHDN, sehingga 24 Mei lalu, dianggarkan 156,158 orang pembayar cukai individu akan menerima Arahan CP38 berkenaan melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.
Pembayar cukai yang menerima Arahan CP38 dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Panggilan LHDN di talian 1800885436 atau cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka jika memerlukan sebarang penjelasan berkaitan arahan ini. Maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my.

Guru perlu kreatif, inovatif

Oleh: Norizan Abdul Muhid
GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.
Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
"Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini.
"Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran," katanya ketika menjadi panel Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-43 di PWTC baru-baru ini.
Selain Noor Rezan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Jessica Ong Hai Liaw turut menjadi ahli panel pada forum itu yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, menurut Noor Rezan, sebagai guru, golongan berkenaan perlu memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.
"Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.
"Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020," katanya.
Sementara itu, menurut Deva­many, pelaksanaan aspek pedagogi yang kreatif dan inovatif amat pen­ting agar kurikulum yang digubal dapat diterjemahkan dengan cara menarik, berkesan dan berkualiti.
"Zaman sudah berubah dan kini guru-guru berada pada alaf ke-21 dan untuk itu, guru mesti bersedia menghadapi cabaran semasa dan mesti mengambil usaha menggerakkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi,'' katanya.
Namun, pada masa yang sama, katanya, Kementerian Pendidikan perlu memastikan sistem pendidikan yang disediakan telah sempurna dan sesuai mengikut keperluan warga pendidik seterusnya mampu membantu golongan itu mencapai matlamat pendidikan negara.

Detik Akhir Hayat Windows XP

xp-eol

Windows XP telah berada dikalangan kita hampir 12 tahun dan masih ramai menggunakan Windows XP dalam kehidupan seharian mereka. Pihak Microsoft telah mengumumkan sokongan kepada Windows XP akan ditamatkan pada 8 April 2014.

Windows XP telah menjalani hayat yang lebih lama dari apa yang dirancangkan oleh Microsoft. Tindakan pengguna menolak meningkatkan Windows XP kepada Windows Vista telah memaksa Microsoft untuk melanjutkan tempoh sokongan. Windows 7 yang dijangka dapat membawa pengguna bermigrasi dari Windows XP tidak begitu berjaya mencapai matlamatnya.

Peranan ini diambil oleh Windows 8. Windows 8 yang mempunyai antaramuka dan cara penggunaan yang agak jauh berbeza dari Windows XP and Windows 7.

Jika anda masih menggunakan Windows XP, anda seharusnya perlu membuat perancangan untuk menaik taraf sistem pengoperasian Windows anda kepada perisian Windows terkini. Windows 8.

Ahad, 1 Jun 2014

Untuk Siapa DG42 ?




Pada 24 Mac 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Sumber Manusia (BPSM) selaku urusetia naik pangkat telah mengeluarkan iklan Urusan Naik Pangkat bagi Pegawai Pendidikan DG29,DG32,DG34 dan DG38  yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke gred DG42. Ini adalah proses pelaksanaan urusan yang telah ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 Tahun 2013, "Penggabungan Skim Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Pekhidmatan Lepasan Diploma".

Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 Tahun 2013 urusan DG29,DG32,DG34 dan DG38 ke DG42 ialah urusan naik pangkat dengan calon-calon memenuhi:
  • disahkan dalam perkhidmatan
  • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
  • memiliki ijazah sarjana muda dan yang setaraf
  • diperaku oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan
Perincian syarat di atas telah dinyatakan dengan detail seperti siaran naik pangkat bertarikh 24 Mac 2014.

Kita menerima pelbagai pertanyaan yang sukar dan kurang jelas untuk dijawab. Ada yang bertanya perlukah mereka yang telah dilantik ke DG41 memohon ke DG42? Ada yang berpendapat kalau habis belajar mohon DG41 dapat satu kenaikan, kalau mohon DG42 hanya pindah gaji terdekat sahaja. Ada pula mengatakan ppld yang tidak boleh sambung belajar kemudian pergi kursus nanti dapat dilantik ke DG42. Macam-macam lagilah. Benda baru banyaklah hujah dan spekulasinya.

Pada pandangan admin sekali pandang seakan ada dua pihak yang berkuasa melantik pegawai ppld yang sambung belajar. Satu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang bertanggungjawab melantik mereka yang baru dan sambung belajar ke gred awal siswazah DG41. Kedua ialah Lembaga Naik Pangkat Pegawai Pendidikan dari ppld ke gred naik pangkat siswazah DG42. Walaupun nampak berbeza tetapi skim gaji yang ditawarkan adalah sama.

Justru itu adalah lebih molek dan tersusun jika selepas ini dan seterusnya ppld yang sambung belajar dan memperolehi ijazah dilantik ke gred naik pangkat DG42 terus dan tidak perlu lagi memohon ke SPP untuk dilantik kerana sewaktu awal perkhidmatan mereka dilantik dan telah disahkan dalam perkhidmatan oleh SPP. Rekod perkhidmatan mereka diteruskan dengan urusan pelantikan dan pengesahan kenaikan pangkat dari BPSM dari satu tahap ke satu tahap. Sementara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan baru keluar dari Universiti atau IPGM peranan pelantikan dan pengesahan jawatan dilaksanakan seperti mana sekarang oleh SPP.

Begitu juga bagi memberi keadilan kepada ppld DG41 dan DG42 asas kenaikan pangkat ke DG44 adalah sama seperti sekarang di mana mereka boleh menggunakan perkhidmatan 3 tahun semasa ppld sebagai satu tahun siswazah dan masa lantikan ke gred masing-masing (DG41 dan DG42) sebagai asas perkiraan untuk ke DG44. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kesatuan-Kesatuan Guru yang berjuang perkara ini dan terima kasih kepada kerajaan yang mempermudahkan urusan ppld yang sam bung belajar ke skim siswazah.

Selain isu di atas yang jelas termaktub dalam pekeliling cara penyelesaiannya terdapat bertiup kencang dan hangat diperkatakan termasuk di media sosial bahawa mereka yang berumur lima puluh ke atas dan tiada kesempatan untuk sambung belajar akan diberi kursus khas untuk membolehkan mereka dilantik ke jawatan naik pangkat DG42. Betul ker ? Bahkan kurikulum oleh insitusi latihan juga telah ada disiapkan. Dan dikatakan latihan berdasarkan mengikut kohort. Dengar kata perbincangan peringkat tertinggi kesatuan dan KPM juga telah ada. Jika benar bagai digembar-gemburkan bersyukurlah. Mana-mana guru yang berminat, sihat dan bertenaga lagi untuk berkhidmat tentu merasa gembira jika ini benar-benar menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun kita juga harus tidak lupa sejarah dan perlu mengambil iktibar. Jangan bila terdengar guruh di langit air tempayan dicurahkan. Kita takut kuat lajak pada laju hasil ketidak fahaman tentang dasar dan sesuatu perkara. Saya masih teringat satu ketika dulu sewaktu NPQH diperkenalkan ramai guru-guru muda memohon dengan harapan jika habis NPQH mereka boleh dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar. Kesilapfahaman tentang dasar dan asas naik pangkat menyebabkan ramai kalangan mereka kecewa kerana tidak dapat dilantik kerana terlalu muda dan tidak masuk bakul. Sebilangan kecil hanya layak dilantik GPK dan menyambung belajar melalui NPQH itu dan hingga kini kekal sebagai GPK DG44(KUP). Mulai Julai 2014 yakni selepas sepuluh tahun lebih barulah benar-benar kita melaksanakan NPQEL sebagai syarat wajib menjadi Guru Besar. Mereka yang sudah ada NPQEL telah memiliki ijazah dan memegang jawatan GPK tidak lagi peluang menjadi Guru Besar.

Oleh yang demikian kita benar-benar berharap agar kaedah dan makanisme kursus dan pelantikkan ppld yang tidak  berpeluang sambung belajar ke DG42 benar-benar konkrit dan selari dengan prinsip serta dasar yang ditetapkan . Kita tidak mahu ianya sebagai panglipulara sahaja. Alasan kita dulu berjaya berjuang dari sijil kepada diploma bukanlah alasan untuk kita memperjuangkan perkara ini dengan selesa kerana ia agak berbeza. Apatah lagi dalam persijilan guru , ada yang dilaksanakan 3 tahun dan ada yang termasuk praktikum tidak kurang dari dua tahun setengah. Maka adalah munasabah jika taraf sijil dinaikkan ke diploma perguruan apa lagi asas kemasukan ke maktab perguruan atau ipgm  SPM dan STPM.

Rasanya tidak perlu saya ulas dan kupas panjang dan mendalam. Cukuplah cetusan sedikit untuk sama-sama kita merenung dan berfikir agar kita jangan terlalu melangkolik dengan ilusi yang belum tentu lagi ada kepastiaan. Apa yang penting kita perlu mantapkan barisan dan melaksanakan agenda pendidikan bangsa dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Inilah natijah perjuangan paling besar kita. Insyaallah Allah akan mencampakkan rezeki dan maruah serta martabat kita melalui pimpinan kita yang ada. Kita percaya KPM dan kerajaan akan sentiasa melaksanakan tranformasi perkhidmatan perguruan dari masa ke semasa.